24 October 2011

NGV Tech mahu labur RM620j

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Shamsul Kamal Amarudin, Mohd Feroz Abu Bakar
2010/06/21
 NAJIB  memusing kemudi kapal simbolik melancarkan projek pembinaan limbungan kapal NGV Tech   sambil diperhatikan  Dr Ahmad Zahid  (dua dari kiri) dan  Dr Zambry   (kanan)  di   Bagan Datoh, semalam.
NAJIB memusing kemudi kapal simbolik melancarkan projek pembinaan limbungan kapal NGV Tech sambil diperhatikan Dr Ahmad Zahid (dua dari kiri) dan Dr Zambry (kanan) di Bagan Datoh, semalam.
Bina limbungan di Bagan Datoh, wujudkan 5,000 peluang pekerjaan



NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech), syarikat milik penuh Bumiputera akan melabur RM620 juta untuk membina limbungan dan pusat penyelenggaraan kapal keluli di Bagan Datoh, Perak yang dijangka mampu mewujudkan sehingga 5,000 peluang pekerjaan.

Projek di muara Sungai Perak itu juga membabitkan pembinaan limbungan kering sebagai kawasan pemotongan kapal yang terbesar di dunia. Ia akan dilaksanakan dalam dua fasa pembinaan yang mana membabitkan perbelanjaan berjumlah RM220 juta dan RM400 juta dalam tempoh tiga tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata apabila projek itu bermula, Bagan Datoh yang selama ini dikenali sebagai ‘pekan koboi’ akan mengalami banyak perubahan termasuk pembinaan lebih banyak rumah kedai dan kediaman baru bagi menampung aktiviti dan peluang baru yang wujud di kawasan berkenaan.

“Saya diberitahu NGV Tech sehingga kini sudah membina lebih 157 kapal termasuk kapal peronda pantai dengan sebahagian besarnya dieksport ke pasaran antarabangsa seperti Mesir, Yaman, Bahrain, Jepun, Kuwait dan Iran.

“Syarikat ini secara senyap-senyap, dengan kurang publisiti dan saya sendiri tidak mengetahui kewujudannya sehingga diberitahu, telah menunjukkan prospek dan masa depan yang sangat baik serta begitu membanggakan,” katanya ketika melancarkan projek pembinaan limbungan kapal itu di Bagan Datoh, Perak, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech, Zulkifli Shariff.

Najib berkata, kejayaan NGV Tech sekali gus menafikan anggapan sesetengah pihak bahawa Bumiputera hanya akan berjaya jika diberi kuota tertentu dan menerima pertimbangan khas daripada kerajaan khususnya dalam projek perniagaan.

Katanya, NGV Tech membuktikan syarikat itu yang tidak pernah mendapat perhatian khas daripada kerajaan sebaliknya menerima kepercayaan daripada pelbagai pihak di luar negara membabitkan projek bernilai berbilion ringgit.

Justeru, katanya, jika kerajaan memberi peluang kepada NGV Tech, tiada sesiapa boleh mengatakan kerajaan memberi projek perniagaan kepada syarikat tempatan yang tidak berdaya maju.

“Kita tidak mahu beri (projek) kepada anak tempatan yang kemudian menjual kontrak itu kepada orang lain atau sub kepada orang lain kemudian lesap. Kita tidak akan iktiraf syarikat seperti ini,” katanya.

Najib berkata, kejayaan Model Ekonomi Baru (MEB) berpaksi kepada syarikat tempatan termasuk dimiliki Bumiputera yang ada potensi berjaya bukan saja di Malaysia tetapi rantau ini dan antarabangsa.

Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya memilih Bagan Datoh sebagai tapak limbungan berkeupayaan membina kapal sehingga 250 meter panjang, kerana kedudukan strategik di tengah laluan kapal Selat Melaka selain lautnya dalam.

Katanya, walaupun limbungan baru di Bagan Datoh siap nanti, namun limbungan sedia ada di Sijangkang, Selangor, bernilai RM300 juta kekal sebagai tempat membina kapal aluminium. Ia juga katanya, akan diperbesarkan menjadi limbungan kapal aluminium terbesar di dunia.

“Menerusi rangkaian perniagaan dengan pelbagai negara yang dijalin sejak 2000, NGV Tech akan memastikan limbungan kapal di Bagan Datoh sentiasa sibuk dengan kerja pembinaan dan penyelenggaraan kapal selain menawarkan khidmat baik pulih terhadap kapal antarabangsa yang melalui Selat Melaka,” katanya.
http://www.bharian.com.my/articles/NGVTechmahulaburRM620j/Article/

18 October 2011

Scrap Metal Recycling and the Environment

Scrap metal recycling has many major benefits for the environment. It helps cut greenhouse gas emissions, saves energy and protects the depletion of our natural resources. Significantly less energy is required to produce steel products from recycled scrap metal than from virgin ore. Most importantly however, scrap metal is a reusable resource! Unlike most other recyclables scrap metals have an almost never ending life cycle, allowing them to be recycled over and over again.


Recycling scrap metals also helps protect our landfills by preventing unwanted metals from ending up in landfills and leaching toxic metal components into the soil.

http://www.scrapmetal.org.nz/