06 September 2011

Tan Sri Muhyiddin Melawat Kg Sawah Tulang Gajah

'Jangan gadai, jual tanah'
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2011/05/25

 MUHYIDDIN  (kiri) menyerahkan sumbangan kepada   Surip Yusof  pada  Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kawasan Lenga di Kampung Sawah Tulang Gajah.
MUHYIDDIN (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Surip Yusof pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kawasan Lenga di Kampung Sawah Tulang Gajah.
Pagoh jadi hab pendidikan dengan pelbagai kemudahan universiti, sekolah

PAGOH: "Jangan gadai tanah dan jangan jual tanah kepada orang lain, harga tanah tak pernah turun, usahakan tanah yang diperoleh," pesan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada 92 penduduk Lenga yang menerima geran hak milik tanah kerajaan seluas 90 hektar, semalam.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, ketika ini tanah semakin berkurangan dan nilainya juga semakin meningkat terutama kedudukan Lenga di kawasan Hab Pendidikan Pagoh menjadikannya berpotensi untuk dimajukan.
“Harga tanah tak pernah turun, kita tahu Pagoh akan jadi hub pendidikan dengan pelbagai kemudahan universiti dan sekolah dalam tempoh lima tahun akan datang, ini bermakna nilai hartanah termasuk tanah pertanian dan perumahan sudah meningkat.

“Saya berharap mereka yang mendapat hak milik tanah jaga sehingga turun temurun, jangan kita gadai, apa lagi jual kepada pihak orang lain, ” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kawasan Lenga dan Kenduri Kampung, di Kampung Sawah Tulang Gajah, di sini, semalam.

Pada Majlis itu, 92 penduduk dari enam kampung kawasan Lenga termasuk Kampung Sawah Tulang Gajah, Kampung Batu 27, Kampung Batu 28, Jalan Yaakob, Jalan Ahmad dan Kampung Sungai Berani menerima hak milik tanah.

Sempena program itu juga Muhyiddin turut merasmikan Surau Al-Amin Kampung Sawah Tulang Gajah dan melawat bekas Ketua UMNO Cawangan Seri Menanti Kampung Sawah Tulang Gajah, Saimon Sariyo, 75.
Muhyiddin berkata, penerima hak milik tanah itu perlu menolak sebarang cubaan pihak lain yang akan berusaha untuk membeli atau mengusahakan tanah yang diperoleh itu.

“Akan ada orang datang dan meminta penduduk menyerahkan tanah untuk diusahakan atau dijual, yang penting bagi kita ialah supaya mengusahakan sendiri tanah yang diberi itu dan berharap penerima tanah itu menggunakan sebaiknya tanah yang diberikan kepada mereka," katanya.

Katanya, setiap penerima itu akan mendapat 0.4 hektar hingga 0.8 hektar seorang dan pada masa ini seramai 92 penerima sudah menerima hak milik masing-masing, lapan lagi permohonan masih dalam proses manakala 14 keluarga penerima yang layak tetapi sudah meninggal dunia sedang membuat permohonan semula.

Beliau berkata, pemberian hak milik tanah itu adalah keputusan menggembirakan penduduk tambahan pula ada antara tanah itu sudah lama diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan kebun.

Katanya, perbincangan mengenai hak milik tanah itu akan mengambil masa sebelum ia diluluskan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

No comments: