10 September 2011

Harapan Komuniti - Kg Tulang Gajah

http://www.harapankomuniti.org/testimonies/lenga_muar.htm
Temubual Bersama Encik Fazli Bekas Mangsa Banjir
Lokasi : Kampung Tulang Gajah, Muar Johor


Saya: Hai saya Ashraf dari Harapan Komuniti, pada hari ini saya ingin menemubual encik mengenai banjir yang baru-baru ini melanda kampung ini dan sebahagian besar pantai barat semenanjung Malaysia . Boleh encik perkenalkan diri encik untuk mengetahui serba sedikit tentang diri encik.

Encik Fazli: Oh boleh, Nama saya Fazli bin Abu Bakar, saya sudah berkahwing dan menetap di kampung ini selama 15 tahun dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Umur mereka dalam 4 hingga sebelas tahun.

Saya: Syukur Tuhan, berapakah pendapat encik untuk menampung pendapatan encik dan seisi keluarga?

Encik Fazli: Pendapatan saya hanya RM300 sebulan, walaupun begitu makan dan minuman kami banyak diambil daripada hasil tanah pusaka kami yang tak seberapa ini.

Saya: Wah hebat encik! Dengan hasil pendapatan yang begini, encik masih boleh menyara keluarga encik. Encik, adakah banjir yang sebegini besar pernah berlaku sebelum ini di kampung ini?

Encik Fazli: Pada tahun 1991 pada hari perkahwinan saya ada berlaku banjir yang agak besar, tetapi banjir itu tidak sebesar yang melanda kampung ini baru-baru ini. Banjir yang baru-baru ini, air naik setinggi 4 kaki.

Saya: Berapa lama banjir yang melanda baru-baru ini?

Encik Fazli: Ianya berlaku lebih kurang 5 minggu dengan air surut sementara selepas minggu yang ketiga selama lima hari dan naik semula selama satu minggu. Banjir ini berlaku pada  bulan Disember 2006 hingga penghujung bulan Januari 2007.

Saya: Saya pasti banyak masalah dan kemusnahan yang berlaku yang terpaksa dilalui oleh encik, bolehkah encik terangkan serba sedikit dan anggaran kerugian yang encik tanggung.

Encik Fazli: Rumah terpaksa ditinggalkan sepenuhnya, banyak kerosakan pada harta benda seperti perabot, alatan elektrik dan ternakan, saya menganggarkan kerugian yang dialami adalah sebanyak RM10000.

Saya: Wah, banyak kerugian yang encik alami, adakah encik dibantu oleh mana-mana badan semasa dan selepas banjir?

Encik Fazli: Badan-badan yang banyak membantu adalah DRB-Hicom, Mercy Malaysia, Tengku Mahkota Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, UMNO cawangan Kampung Tulang Gajah dan Harapan Komuniti.

Saya: Syukur Tuhan, banyak badan yang membantu! Adakah terdapat apa-apa masalah seperti pengagihan bantuan?

Encik Fazli: Ya, ada sesetengah badan yang tidak mengagihkan bantuan dengan adil serta bantuan yang tiba lewat. Badan ini hanya menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang mempunyai fahaman politik dengan mereka dan kroni-kroni mereka sahaja. Walaupun begitu kebanyakan badan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan DRB-Hicom banyak menyumbang dan membantu tanpa mengira sesiapa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Harapan Komuniti kerana sudi meluangkan masa untuk bersama keluarga kami dan mengecat rumah kami yang rosak kerana banjir ini.

Saya: Terima kasih Encik Fazli kerana sudi meluangkan masa untuk bercerita serba sedikit mengenai musibah yang menimpa baru-baru ini. Saya daripada badan kebajikan Harapan Komuniti berharap kami boleh menambahkan lagi bantuan dan juga menjadi berkat kepada keluarga encik dan sesiapa juga yang kurang bernasib baik suatu hari nanti.

Encik Fazli: Kalau boleh datanglah lagi ke kampung ini, selamat tinggal.

No comments: